UMAI 

Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional masyarakat Melanau di Sarawak. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran Bahagian Umai. Umai merupakan ikan mentah yang dihiris halus dan digaul dengan bahan lain seperti bawang, cili dan limau. Umai ini biasanya akan dimakan bersama Sago iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari pohon pokok Rumbia.

umai dan sago 2

 

LINUT

Selain umai, linut juga merupakan makanan tradisional penduduk Daerah Kecil Oya terutamanya penduduk kaum Melanau. Linut ini diperbuat dari tepung pohon pokok Rumbia dan biasanya dimakan dengan sambal belacan dan sayur pucuk paku.

linut dan sayur

 

KEK LAPIS CIKGU KAYAH

Antara usahawan KEK LAPIS yang berjaya dan perniagaan sentiasa mendapat permintaan tinggi dari seluruh Malaysia. Kek Lapis Cikgu Kayah ini menawarkan pelbagai jenis kek lapis biasa dan kek lapis royal.

KEK LAPIS CIKGU KAYAH

 

MEE UDANG OYA

Meskipun Mee Udang bukanlah makanan tradisi Kaum Melanau,akan tetapi Pekan Kecil Oya sangat terkenal dengan Mee Udang Segar,ini kerana Oya satu-satunya tempat mendapat permintaan tinggi menjual udang besar dan sederhana kecil yang segar dan juga terdapat Gerai Tamu di Pasar Lama Oya,yang khasnya menyajian pengunjung pelbagai aneka Mee Udang.

MEE UDANG